Resepi KUIH KETAYAP/KUIH DADAR ala Melayu

Resepi KUIH KETAYAP/KUIH DADAR ala Melayu - Helo kawan Resepi ala Melayu, Dalam perkongsian kali ini bertajuk Resepi Resepi KUIH KETAYAP/KUIH DADAR ala Melayu, Saya telah menyediakan lengkap bahan-bahan dan cara resepi memasak dari awal lagi sehingga akhir, Mudah-mudahan kandungan catatan yang saya tulis resepi ini anda dapat memahami. Okay lah, inilah resipi lengkap.

Masakan : Resepi KUIH KETAYAP/KUIH DADAR ala Melayu
Tajuk masakan : Resepi KUIH KETAYAP/KUIH DADAR ala Melayu

lihat juga


Resepi KUIH KETAYAP/KUIH DADAR ala Melayu

KUIH KETAYAP / KUIH DADAR
Bahan-Bahannya:
Untuk Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sdt garam
2 sdm minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
1/2 sdt garam
2 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 cawan air
2 sdm tepung gandum

Cara Membuat Intinya:

  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

Cara Membuat Kulitnya:

  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
  2. Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.
  9. Ulang langkah 5 - 8 hingga adunan habis. 
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  12. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan.




Itulah bagaimana untuk membuat dan memasak Resepi KUIH KETAYAP/KUIH DADAR ala Melayu

Masa sekian resipi Resepi KUIH KETAYAP/KUIH DADAR ala Melayu, Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada anda semua. Well, Sila Baca artike memasak resepi lain.

Anda sedang membaca artike Resepi KUIH KETAYAP/KUIH DADAR ala Melayu dan artike ini permalink url https://melayu-resepi.blogspot.com/2013/12/resepi-kuih-ketayapkuih-dadar-ala-melayu.html Mudah-mudahan artikel ini Ini mungkin berguna.

0 Response to "Resepi KUIH KETAYAP/KUIH DADAR ala Melayu"

Catat Ulasan