Masakan : Resepi NASI MINYAK GORENG BERUDANG ala Melayu
Tajuk masakan : Resepi NASI MINYAK GORENG BERUDANG ala Melayu
Resepi NASI MINYAK GORENG BERUDANG ala Melayu
Ha! Semalam kan saya masak nasi minyak. Pagi ni tengok ada baki lagi nasi minyak tu. Nak buang kan sayang. Penat-penat kita masak semalam. Lagipun tak baik membazir... Saya tak nak jadi sedara syaitan... Jadi, fikir-fikir nak buat nasi goreng ajelah. Check2 ada pulak udang dalam peti ais. Jadi, terciptalah
NASI MINYAK GORENG BERUDANG ini.
Jom! Kita semak resepi mudah ni... (Kalau tak ada nasi minyak, guna nasi putih pun sedap juga...)
Bahan-bahannya:
Nasi minyak (lebihan semalam) - dikacau-kacau supaya berderai.
1 mangkuk udang (nak letak lebih pun tak apa)
1 mangkuk isi ayam - dipotong dadu
2 pokok sawi - dipotong 1 inci
2 sudu makan cili kering kisar
Garam
Serbuk perasa
Bahan Tumbuk Lumat:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
Cara-caranya:
- Panaskan 2 sudu makan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk dan cili kisar hingga pecah minyak dan agak garing.
- Masukkan isi ayam dan udang. Kacau rata hingga ayam dan udang masak.
- Masukkan garam dan serbuk perasa. Kacau rata.
- Masukkan sawi dan nasi minyak. Dengan api yang kuat, sentiasa kacau rata.
- Bila dah rata, perlahankan api dan kacau sekali-sekali hingga nampak wap asap keluar dari nasi goreng. (Ini supaya segala bumbu mesra dengan nasi goreng dan nasi goreng tak mudah basi).
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Hiaslah dengan gorengan telur mata kerbau.
Itulah bagaimana untuk membuat dan memasak Resepi NASI MINYAK GORENG BERUDANG ala Melayu
Masa sekian resipi Resepi NASI MINYAK GORENG BERUDANG ala Melayu, Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada anda semua. Well, Sila Baca artike memasak resepi lain.
0 Response to "Resepi NASI MINYAK GORENG BERUDANG ala Melayu"
Catat Ulasan