Masakan : Resepi IKAN KUKUS TOMYAM ala Melayu
Tajuk masakan : Resepi IKAN KUKUS TOMYAM ala Melayu
Resepi IKAN KUKUS TOMYAM ala Melayu
IKAN KUKUS TOMYAMBahan-Bahannya:
1 ekor ikan siakap/kerapu
2 sudu makan paste tomyam - (jika tiada paste tomyam, boleh gunakan 2 kiub tomyam knorr + 4 sudu makan air suam, jadikan paste)
2 batang serai - dititik
5 biji cili padi - dititik
5 helai daun limau purut - disiat sikit
1 inci halia - dihiris
1 pokok daun bawang - dipotong 1 inci
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan minyak masak
1 biji tomato - dipotong bulat
kepingan nenas (jika suka)
Cara-caranya:
- Bersihkan ikan dan lumurkan paste tomyam ke seluruh ikan.
- Taburkan halia, daun limau purut, cili padi dan serai ke atas ikan.
- Siram kicap cair dan minyak masak ke atas ikan.
- Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.
- Susun tomato dan nenas di tepi ikan.
- Kukus selama 12 - 15 minit.
- Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Itulah bagaimana untuk membuat dan memasak Resepi IKAN KUKUS TOMYAM ala Melayu
Masa sekian resipi Resepi IKAN KUKUS TOMYAM ala Melayu, Mudah-mudahan boleh memberi manfaat kepada anda semua. Well, Sila Baca artike memasak resepi lain.
0 Response to "Resepi IKAN KUKUS TOMYAM ala Melayu"
Catat Ulasan